Lelongan Awam - 23 September 2020

 

KANUN TANAH NEGARA

PERISYTIHARAN JUALAN

PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN

DALAM PERKARA SEKSYEN 263 KANUN TANAH NEGARA 1965

 

Menurut Perintah Jualan atas permintaan Pemegang Gadaian oleh Pentadbir Tanah Kampar dengan ini diisytiharkan bahawa Pentadbir Tanah Kampar akan menjual hartanah yang tersebut mengikut susunan keutamaan di bawah secara:

 

LELONGAN AWAM

PADA HARI RABU BERTARIKH 23 SEPTEMBER 2020 JAM 10.00 PAGI

DI ARENA SQUARE, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR.

 

NOTA : Bakal-bakal pembida adalah dinasihatkan agar membuat carian rasmi di Pejabat Daerah & Tanah Kampar  dan memeriksa  hartanah tersebut sebelum jualan lelong dijalankan. Untuk butiran lanjut sila klik pada No. Hakmilik seperti dibawah :

 

BIL

NO

HAKMILIK

MUKIM / DAERAH

KATEGORI / SYARAT NYATA

KELUASAN

LOKASI

HARTANAH

HARGA

RIZAB (RM)

DEPOSIT 10%

(RM)

1

PM 7298

KAMPAR

BANGUNAN / KEDIAMAN

488 MP

RPT TUALANG SEKAH

LOT 406146

39,600.00

3,960.00

2

PM 7293

KAMPAR

BANGUNAN / KEDIAMAN

600 MP

RPT TUALANG SEKAH

LOT 406138

48,600.00

4,860.00

3

PM 7295

KAMPAR

BANGUNAN / KEDIAMAN

855 MP

RPT TUALANG SEKAH

LOT 406140

69,300.00

6,930.00

4

PM 7333

KAMPAR

BANGUNAN / KEDIAMAN

418 MP

RPT TUALANG SEKAH

LOT 406314

34,200.00

3,420.00

5

PM 7348

KAMPAR

BANGUNAN / KEDIAMAN

491 MP

RPT TUALANG SEKAH

LOT 406152

44,100.00

4,410.0

HARGA RIZAB : RUJUK JADUAL SUSUNAN LELONGAN AWAM

 

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 

  1. Penawar memiliki jumlah wang dalam bentuk bank draf di atas nama MALAYAN BANKING BERHAD yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) daripada jumlah harga rizab yang ditetapkan seperti di jadual di atas;
  2. Amaun penuh harga jualan boleh dibayar oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh Pentadbir Tanah;
  3. Di mana amaun penuh harga jualan yang tidak dibayar oleh penawar yang berjaya selepas tukul dijatuhkan oleh Pentadbir Tanah :-

i.    maka jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (1) akan dilucuthak untuk membayar seluruh wang yang telah genap masa; dan

ii.   baki deposit akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

  1. Baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan;
  2. Di mana harga belian sepenuhnya tidak dapat diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan di dalam perenggan (4), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (3) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah Seksyen 267 Kanun Tanah Negara 1965.
  3. Penawar yang ingin mengambil bahagian di dalam lelongan ini hendaklah terlebih dahulu mendaftar dan menyerahkan bank draf sebagai bayaran deposit tiga puluh (30) minit sebelum masa lelongan. Mana-mana penawar yang gagal mendaftar dan menyerahkan bank draf tidak layak mengambil bahagian di dalam lelongan ini.

 

Pentadbir Tanah

Daerah Kampar

Bertarikh pada   15  Jun 2020

 

Sebarang pertanyaan dan butir-butir selanjutnya bolehlah menghubungi :

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR

31900 KAMPAR

PERAK DARUL RIDZUAN

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.