-
Menguruskan keseluruhan program-program keselamatan ICT PDT Kampar;
-
Menguatkuasakan keseluruhan keselamatan ICT PDT Kampar;
-
Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT PDT Kampar kepada semua pengguna;
-
Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT PDT Kampar;
-
Menjalankan pengurusan risiko;
-
Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
-
Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
-
Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT), MAMPU atau kepada CERT SUK Perak dan memaklumkannya kepada CIO;
-
Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenalpasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baikpulih dengan segera;
-
Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT PDT Kampar;dan
-
Menyediakan dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.