• Utama
  • Info Korporat
  • Fungsi dan Peranan

Fungsi dan Peranan

PENTADBIRAN DAERAH

1.0 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

1.1.  Am dan Kewangan

1.1.1 Menentukan semua bayaran gaji, elaun-elaun dan lain-lain tuntutan yang layak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
1.1.2 Menentukan semua bil bekalan dan perkhidmatan dijelaskan kepada pembeli mengikut Arahan Perbendaharaan.
1.1.3 Menguruskan hal ehwal surat menyurat dan fail.
1.1.4 Memproses aduan orang ramai.
1.1.5 Menguruskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan.
1.1.6 Memproses, mengeluar dan menguatkuasa lesen di bawah Akta Enakmen Tempat Hiburan dan Wayang 1997.

1.1.7 Menguruskan pembelian dan pentadbiran aset dan inventori pejabat.


1.2 Hasil Daerah 

1.2.1 Unit hasil daerah berfungsi sebagai unit yang membuat kutipan Hasil Daerah. Ia berperanan mengutip Hasil Daerah setiap tahun serta menyelesaikan tunggakan hasil Daearah.
1.2.2 Mengutip bayaran ansuran pembelian rumah Rancangan Perumahan Awam (RPA).
1.2.3 Menerima bayaran dan menyediakan Lesen Hiburan Awam dan Minuman Arak.
1.2.4 Membekalkan borang permohonan belian rumah RPA.

1.3 Teknologi Maklumat 

1.3.1 Bertanggungjawab dalam memastikan semua perlatan dan perisian teknologi maklumat di PDT Kampar dapat berfungsi dengan baik bagi memastikan aktiviti-aktiviti berjalan lancar.
1.3.2 Membangun dan mengemaskini laman web.
1.3.3 Menyelenggaran komputer & merekod inventori dan pelupusan.
1.3.4 Menyelenggara dan membaiki perkakasan serta peralatan komputer.
1.3.5 Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem rangkaian.
1.3.6 Memastikan dan mengawasi kerja-kerja keselamatan ICT, peralatan perisian dan rangkaian komputer

1.4 Majlis Dan Keraian

1.4.1  Urusetia perayaan-perayaan Daerah dan Negeri

1.5 Keselamatan

1.5.1  Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Daerah
1.5.2  Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah

2.0 UNIT PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Fungsi Unit Perancangan Luar Bandar (PLB) adalah untuk menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar sebagai sebuah institusi utama bagi menggerak dan menyelaras projek-projek pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan dasar-dasar semasa.

2.1 Pembangunan Fizikal

2.0.1  Mengumpul dan menyemak cadangan projek-projek yang dikemukakan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penghulu Mukim untuk dipastikan keperluan serta dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri untuk kelulusan.

2.0.2  Menyelia projek-projek pembangunan, menyediakan perincian kerja, anggaran, lawatan tapak bagi menentukan kawasan tapak projek dan menyediakan tawaran kerja sebutharga serta mengawasi kerja pembinaan.

2.0.3  Mengadakan lawatan tapak kerja sebutharga dan menentukan tapak kerja dan kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor.

2.0.4  Kerja-kerja mengesahkan pelaksanaan projek siap dilaksanakan.

2.0.5  Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas menimbang dan menyetujui terima sebutharga daerah setiap bulan (mengikut keperluan) termasuk kes-kes kecemasan.

2.0.6  Mengambil tindakan surat aduan yang diterima (menyiasat dan menyediakan laporan)

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.