• Utama
  • Info Korporat
  • Fungsi dan Peranan

Fungsi dan Peranan

PENTADBIRAN DAERAH

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

 1.1 UNIT PENTADBIRAN AM DAN KEWANGAN

  1. Menentukan semua bayaran gaji, elaun-elaun dan lain-lain tuntutan yang layak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Menentukan semua bil bekalan dan perkhidmatan dijelaskan kepada pembeli mengikut Arahan Perbendaharaan.
  3. Menguruskan hal ehwal surat menyurat dan fail.
  4. Memproses aduan orang ramai.
  5. Menguruskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan. 

1.2  UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Bertanggungjawab dalam memastikan semua peralatan dan perisian teknologi maklumat di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar dapat berfungsi dengan baik bagi memastikan aktiviti-aktiviti berjalan lancar.
  2. Membangun dan mengemaskini laman web.
  3. Penyelenggaraan komputer & merekod iventori komputer dan pelupusan.
  4. Menyelenggara & membaiki perkakasan serta peralatan computer
  5. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem rangkaian.
  6. Memastikan dan mengawasi kerja-kerja keselamatan ICT, peralatan perisian dan rangkaian komputer.
  7. Memastikan setiap talian komponen rangkaian komputer Pejabat Daerah dan Tanah Kampar berjalan lancar dan berkesan.


1.3  MAJLIS DAN KERAIAN

       Urusetia perayaan-perayaan Daerah dan Negeri.

1.4 KESELAMATAN

  1. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Daerah
  2. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah

PENTADBIRAN TANAH

2.1   UNIT PEMBANGUNAN TANAH DAN PELUPUSAN

Unit Pelupusan berperanan sebagai satu unit yang memproses segala permohonan yang berkaitan dengan tanah dari peringkat permohonan sehinggalah kepada pengeluaran hakmilik.

Antara fungsi unit ini adalah :

  1. Memproses berkaitan permohonan tanah baru (Perumahan, Pertanian dan Bangunan serta Lesen Menduduki Tanah Sementara ).
  2. Memproses permohonan tanah bagi tujuan Skim Perumahan, Pertanian (Individu / Syarikat / Koperasi), Industri, Lesen Menumpang Sementara, Projek Kerajaan / Agensi, dan bangunan (Individu / Syarikat / Koperasi).
  3. Memproses permohonan tanah bagi tujuan Penyelesaian Setinggan secara In-Situ
  4. Merancang pembangunan tanah sebagai Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) / Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
  5. Memproses permohonan tanah bagi tujuan Kampung Baru serta memproses pemberian semula hakmilik tanah yang tamat tempoh pajakan.
  6. Memproses permohonan pengambilan bahan batuan di bawah Permit 4C.
  7. Memproses permohonan di atas tanah milik bagi tujuan Pembangunan Tanah melalui Pecahan Sempadan/ Pecah Bahagian / Penyatuan / Tukar Syarat Tanah.
  8. Menyelesaikan masalah berkaitan permohonan tanah serta aduan awam.
  9. Menyelesaikan tunggakan permohonan tanah.
  10. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Kampar serta mesyuarat lain yang berkaitan.
  11. Memproses urusan Pengambilan Balik Tanah.
  12. Menguruskan hal-hal lain di bawah kuasa Pentadbir Tanah seperti Hak Lalu Lalang dan sebagainya.

2.2   UNIT TEKNIKAL & PENGUATKUASAAN

Unit Teknikal dan Penguatkuasaan adalah unit menjalankan fungsi berkaitan penguatkuasa tanah bagi Daerah Kampar.

 Antara fungsinya adalah:-

  1. Memproses kelulusan permohonan tanah dan bahan batuan.
  2. Membuat laporan permohonan tanah, bahan batuan dan aduan.
  3. Membanteras usaha haram yang melibatkan tanah kerajaan.
  4. Mengemaskini Lot/PT index.
  5. Membuat permohonan ukur tanah (PU).
  6. Menyelesaikan tunggakan penukaran QT kepada FT

2.3    UNIT HASIL TANAH

Unit Hasil Tanah berfungsi sebagai unit yang membuat kutipan Hasil Tanah, Hasil Cukai dan Hasil bukan Cukai. Ia berperanan mengutip Cukai tanah setiap tahun serta menyelesaikan tunggakan hasil tanah.

Antara fungsi Unit Hasil adalah :

  1. Mengutip Hasil Cukai Tanah.
  2. Menyelesaikan tunggakan Hasil Tanah serta mengeluaran Notis 6A.
  3. Mengutip Hasil Bukan Cukai.
  4. Menerima permohonan tanah, lesen sementara, permohonan bahan Batu dan lain-lain yang berkaitan tanah.
  5. Menyelesaikan masalah Cukai Tanah, Remitan, Perubahan Cukai , Deposit Tanah dan Daerah dan yang berkaitan hasil tanah.
  6. Mengemaskini buku cukai tanah setiap tahun iaitu Buku Current Rent Role.
  7. Mengemaskini Deposit tanah.
  8. Menyediakan hasil tanah setiap bulanan dan tahunan.
  9. Mengemaskini rekod hasil tanah di dalam Sistem Pengutan Hasil Tanah (SPHT).
  10. Merekod Hasil Tanah Hakmilik baru.
  11. Menyimpan serta menjaga rekod dan maklumat dengan selamat.
  12. Mengutip bayaran ansuran pembelian rumah Rancangan Perumahan Awam Gopeng dan Malim Nawar
  13. Menguruskan segala yang berkaitan dengan urusan rumah RPA
  14. Menerima bayaran dan menyediakan Lesen Hiburan Awam.
  15. Menguruskan urusan Pindahmilik Tanah.
  16. Mengutip sewa rumah
  17. Menguruskan urusan Lembaga Hasil Dalam Negeri

2.4  UNIT PENDAFTARAN

Unit Pendaftaran merupakan unit yang mempunyai kaitan secara langsung dengan unit hasil. Unit ini perlu bekerjasama antara satu sama lain. Kedua-dua unit ini penting dalam segala urusan berkaitan pemilikan dan hasil tanah. Antara fungsi unit ini adalah :

 

  1. Pendaftaran Hakmilik :
  • Memproses Pendaftaran Hakmilik Sementara dan Kekal.
  • Memproses pendaftaran hakmilik sementara dan kekal pendua berikutan pendaftaran hakmilik keluaran hilang, musnah keseluruhan atau sebahagian.
  • Mengemaskinikan Buku Permanent Rent Roll setelah hakmilik sementara dan kekal didaftarkan.
  1. Kelulusan Pindahmilik, Gadaian, Pindahmilik dan Gadaian :
  • Memproses permohonan mendapatkan kelulusan pindahmilik, gadaian, pindahmilik dan gadaian.
  1. Pembangunan Tanah :

  Memproses endorsmen serahbalik, serahbalik dan berimilik semula.

  • Memproses permohonan tukar syarat.
  • Memproses permohonan pecah sempadan tanah.
  • Memproses permohonan cantuman tanah.
  • Memproses permohonan pecah bahagian tanah.
  1. Pendaftaran Urusniaga :

Memproses pendaftaran pindahmilik, pajakan tanah, pajakan kecil tanah, penyerahan balik pajakan, pindahmilik gadaian, gadaian untuk menjamin pembayaran wang pokok, penangguhan gadaian, perakuan jual oleh mahkamah dan pentadbir tanah, melepaskan gadaian, pemberian ismen serta ismen berbalas dan melepaskan ismen.

e.  Pendaftaran Bukan Urusniaga :

  • Memproses pendaftaran kaveat persendirian, pendaftaran, pemegang lien dan pemegang amanah.
  • Memproses pendaftaran pembatalan semua jenis kaveat.
  • Memproses pendaftaran perintah larangan, perintah pembahagian pesaka dan semua jenis perintah mahkamah.
  1. Pengambilan Balik Tanah :
  • Memproses pendaftaran endorsmen pengambilan balik tanah.
  1. Lain – lain tugas :
  • Memproses permohonan perintah jualan, penerimaan pelan hakmilik kekal dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, penerimaan hakmilik Pendaftar, pembetulan di bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara dan permohonan carian rasmi dan persendirian.
  • Mengeluarkan salinan sah dokumen dan hakmilik kepada pemilik berdaftar sahaja.
  • Menyediakan laporan bulanan.

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Unit Perancangan Luar Bandar (PLB) adalah untuk menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar sebagai sebuah institusi utama bagi menggerak dan menyelaras projek-projek pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan dasar-dasar semasa.

3.1     PEMBANGUNAN FIZIKAL

  1. Mengumpul dan menyemak cadangan projek-projek yang dikemukakan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penghulu Mukim untuk dipastikan keperluan serta dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri untuk kelulusan.
  2. Menyelia projek-projek pembangunan, menyediakan perincian kerja, anggaran, lawatan tapak bagi menentukan kawasan tapak projek dan menyediakan tawaran kerja sebutharga serta mengawasi kerja pembinaan.
  3. Menyediakan draf cadangan tahunan projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Program Bantuan Rumah untuk pembangunan mukim.
  4. Mengambil tindakan surat aduan yang diterima (menyiasat dan menyediakan laporan).
  5. Kerja-kerja mengadakan lawatan tapak kerja sebutharga dan menentukan tapak kerja dan kerja yang diperlu dilaksanakan oleh kontraktor.
  6. Kerja-kerja mengesahkan pelaksanaan projek siap dilaksanakan.


3.2     PEMBANGUNAN MASYARAKAT 

  1. Menyediakan draf cadangan tahunan projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Program Bantuan Rumah untuk pembangunan mukim.
  2. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kampar (JKTD) secara berkala setiap bulan.
  3. Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan melalui Mesyuarat Focus Group Daerah setiap bulan.
  4. Mengadakan projek-projek berbentuk ekonomi untuk penduduk luar bandar.
  5. Mengadakan rancangan-rancangan kemajuan yang boleh memberi faedah kepada penduduk luar bandar.
  6. Menggerak dan menghubung diantara penduduk luar bandar dengan Pegawai Kerajaan supaya lebih cergas dan produktif dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat.
  7. Meningkatkang taraf kehidupan penduduk luar bandar.
  8. Mengadakan projek-projek berbentuk ekonomi untuk penduduk luar       
  9. Mengadakan rancangan-rancangan kemajuan yang boleh memberi faedah kepada penduduk luar bandar.
  10. Menggerak dan menghubung diantara penduduk luar bandar dengan Pegawai Kerajaan supaya lebih cergas dan produktif dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat.



Cetak   Emel

Hakcipta Terpelihara © 2018 Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar.
Pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini | Kemaskini Terakhir : 13/03/2018 | Jumlah Pelawat : 2514314